Kolej Kejururawatan PUSRAWI
Kursus Ditawarkan
 
Kolej Kejururawatan PUSRAWI hanya menawarkan kursus :  
 
KURSUS DIPLOMA SAINS KEJURURAWATAN 
 
Pengenalan Kursus 
 
prep.jpg Kursus Diploma Sains Kejururawatan yang ditawar oleh Kolej menyediakan pelajar bagi memperolehi kelayakan yang membolehkan pelajar berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan diiktiraf sebagai seorang Jururawat Terlatih.
 
Tempoh Kursus
 
3 tahun sepenuh masa 
 
Modul Kursus
 
Kursus Diploma yang ditawar meliputi teori dan amali.Pembelajaran teori dijalankan di bangunan Kolej dan amali dijalankan di Hospital PUSRAWI Sdn.Bhd. Hospital-Hospital Kerajaan yang diluluskan serta Klinik-klinik kerajaan dan badan berkanun yang diiktiraf. 
 
Matapelajaran Teras
 
  1. Sains Asas Perubatan
    • Anatomi & Fisiologi Manusia
    • Biokimia
    • Bakteriologi
  2. Sains Tingkahlaku
    • Psikologi
    • Sosiologi
  3. Sains Kejururawatan
Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu & Inggeris
 
Kelayakan Mengikuti Kursus
 
Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat keputusan berikut bagi matapelajaran
 
  • Bahasa Malaysia (Kredit)
  • Bahasa Inggeris (Lulus)
  • Matematik (Kredit)
  • Sains atau Biologi (Kredit)
 
Umur Mengikuti Kursus : Tiada sebarang had umur ditetapkan
 
Sesi Pengajian: Januari dan Julai 
 
Pengambilan Pelajar:
 
Pengambilan pelajar adalah berdasarkan satu temuduga yang diadakan pada bulan November /Disember dan Mei/Jun setiap tahun.Hanya pelajar yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga 
 
 
Permohonan Untuk Mengikuti Kursus
 
Permohonan boleh dibuat dengan:
 
1. Mengisi dan mengembalikan borang permohonan yang disediakan oleh kolej. Borang permohonan boleh didapati di Kolej.
 
atau
 
2. Menulis surat permohonan rasmi dengan menyertakan resume beserta salinan sijil SPM
 
 

Borang atau surat permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
 
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Kolej Kejururawatan PUSRAWI
Tingkat 5 Bangunan Tabung Haji
28 Jalan Rahmat off Jalan Ipoh
50350 Kuala Lumpur 
Tel: 603-40453876 / Faks: 603-40453877
Email: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it  

 

 
© Kolej Kejururawatan PUSRAWI